Budak tersepit dalam lubang kubur

KOSMO
Beberapa orang dewasa berusaha mengeluarkan kanak-kanak tersebut. - TikTok
JAKARTA –  Seorang kanak-kanak mengalami detik cemas apabila tersepit di dalam lubang kubur akibat terjatuh ketika bermain, lapor laman berita Viva hari ini.

Berdasarkan keterangan video yang dimuat naik di laman Instagram, kejadian itu dikatakan berlaku di Pamekasan, wilayah Jawa Timur.

Dalam video tersebut, beberapa orang dewasa dilihat cuba menenangkan kanak-kanak lelaki yang panik itu.

Ada antara mereka yang memegang kepala budak tersebut bagi mengeluarkannya dari binaan batu kubur yang mempunyai lubang itu.

Menurut keterangan, kanak-kanak berkenaan sedang bermain di kawasan perkuburan itu ketika orang ramai sedang bergotong-royong membersihkan lokasi tersebut.

Setakat ini, tidak dijelaskan bagaimana dia boleh terjatuh ke dalam kubur itu dan bagaimana dia dikeluarkan.

“Kanak-kanak memang begitu. Kalau bermain tidak fikir bahaya atau tidak. Masuk ke dalam lubang sempit sehingga tidak boleh keluar,” kata seorang netizen dalam ruangan komen. – AGENSI 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan