Disyaki rogol, amang seksual dua anak kandung lelaki kena tahan

Alias Abd Rani
am@hmetro.com.my
Seorang bapa direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Batu Pahat kerana disyaki rogol dan cabul dua anak kandung. FOTO Alias Abd Rani
Seorang bapa direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Batu Pahat kerana disyaki rogol dan cabul dua anak kandung. FOTO Alias Abd Rani
Batu Pahat: Pekerja pemasangan jubin direman tujuh hari, disyaki merogol dan melakukan amang seksual terhadap dua anak kandung sejak awal tahun.

Perintah tahanan reman hingga 4 September itu dikeluarkan Majistret Suhaila Shafi'uddin di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, bagi membolehkan polis melakukan siasatan lanjut.

Suspek berusia 45 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Difahamkan, suspek dipercayai merogol anak perempuannya berusia 14 tahun di rumah mereka di daerah ini sejak Januari lalu, namun perbuatan terkutuknya tidak diketahui ahli keluarga termasuk isteri sehingga pada 2.30 petang semalam.

Seorang lagi anaknya yang juga adik mangsa didakwa ternampak perbuatan suspek melalui tingkap dan ketika kejadian, ibu mangsa tiada di rumah.

Mangsa kemudian menceritakan kejadian itu kepada ibunya selepas wanita berkenaan pulang ke rumah dan laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat pada 10 malam hari sama.

Polis kemudian menahan suspek di sebuah taman perumahan tidak jauh dari lokasi kejadian, manakala mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk pemeriksaan.

Dalam pada itu, adik bongsu mangsa turut memberitahu pernah menjadi mangsa amang seksual fizikal bapa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan