'Ditolak' oleh 4 hospital, wanita beranak dalam ambulans

Agensi
WANITA itu melahirkan bayi dalam ambulans. FOTO fail Reuters
WANITA itu melahirkan bayi dalam ambulans. FOTO fail Reuters
Seoul: Seorang wanita hamil, baru-baru ini, yang melahirkan anak di dalam ambulans selepas kemasukannya ditolak oleh empat hospital.

Hospital berkenaan memberi alasan kekurangan kakitangan perubatan atau katil di wad kecemasan, dedah pegawai penyelamat Korea Selatan pada Khamis.

Menurut Balai Bomba Jincheon di Wilayah Chungcheong Utara, wanita itu melahirkan anak di dalam ambulans, 1.31 pagi pada 15 Ogos lalu.

The Korea Herald melaporkan pekerja penyelamat menghubungi empat hospital terdekat di Cheonan dan Cheongju, tetapi keempat-empat hospital berkata, ia tidak mempunyai doktor atau katil hospital yang mencukupi untuk menempatkan pesakit.

Air ketuban wanita itu pecah semasa petugas mencari hospital dan pekerja penyelamat memutuskan untuk bayi itu dilahirkan dalam ambulans di bawah bimbingan seorang profesional perubatan.

Kira-kira 20 minit kemudian, bayi itu selamat dilahirkan. Ibu dan bayi itu dalam keadaan sihat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan