Isteri pasrah guru jalin hubungan sulit dengan pelajar 18 tahun

KOSMO!
SEORANG isteri mendakwa suaminya menjalin hubungan sulit dengan pelajarnya. - Foto Instagram
JAKARTA – Seorang isteri mendedahkan bahawa suaminya yang merupakan seorang guru telah menjalin hubungan sulit dengan pelajarnya sendiri yang berusia 18 tahun, lapor portal berita Surya Malang.co semalam.

Kejadian itu diceritakan oleh si isteri yang dikenali sebagai Latifah. Wanita berasal dari bandar Purbalingga, wilayah Jawa Tengah itu berkata, hubungan sulit mereka diketahui oleh ibu bapa pelajar tersebut

Si isteri itu membongkar kisah hubungan sulit tersebut dalam akaun Instagramya, @latifah_14.

Kata Latifah, dia hanya mengetahui tentang hubungan suaminya  selepas anak mereka  demam panas dan dimasukkan ke hospital.

Setelah dibenarkan pulang,  sejumlah pelajar suaminya datang ke rumah  untuk melawat kanak-kanak tersebut.

Latifah mulai curiga dengan sikap salah seorang daripada mereka yang dikenali sebagai O.

Dia kemudian menemui sekeping kad ucapan ulang tahun kelahiran yang diberikan O di dalam kenderaan suaminya, menyebabkan dia bertindak menemui gadis tersebut.

Awalnya,  0 menafikan hubungan sulit tersebut  tetapi Latifah akhirnya mendapat tahu  bahawa si suami mengaku kepada pelajarnya bahawa dia seorang duda.

Guru itu masih menjalin hubungan sulit tersebut, manakala nasib rumah tangga Latifah masih belum lagi diketahui setakat ini. – AGENSI 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan