Pengantin lelaki hadiri majlis perkahwinan sebatang kara

KOSMO!
SEORANG pengantin lelaki dating berseorangan menghadiri majlis perkahwinannya dengan wanita di Garut. - Foto TikTok/@rifkirizkiamc.
JAKARTA – Seorang pengantin lelaki dengan beraninya datang seorang diri tanpa kaum keluarga ke majlis perkahwinannya di Garut, wilayah Jawa Barat, lapor portal berita Wolipop hari ini.

Kisah tersebut disiarkan di platform TikTok menerusi akaun @rifkirizkiamc.

Dalam  rakaman video berdurasi 37 saat itu, pasangan pengantin lelaki dan wanita dilihat bergambar bersama.

“Pengantin lelaki ini sangat hebat, datang dari luar kota untuk menikahi wanita yang dicintainya tanpa ditemani keluargan,” tulis hantaran teks di platform tersebut.

Wolipop sudah menghubungi Rifki Rizkia yang memuat naik video itu.

 “Dalam video tersebut, seorang pengantin lelaki yang datang dari kota Banyuwangi ke Garut tanpa ditemani keluarga kerana bapanya sudah meninggal dan ibunya bekerja di Malaysia,  manakala saudaranya juga kerja di Jepun.

“Pengantin lelaki juga bekerja di Jepun dan bulan depan akan berangkat lagi ke Jepun,” kata Rifki kepada Wolipop. – AGENSI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan