Pesawat terhempas?: Sawadi Airlines menjunam di KLIA

AMREE AHMAD
Keadaan di sekitar tasik berhampiran KLIA yang menjadi lokasi simulasi pesawat terhempas hari ini. Foto oleh AMREE AHMAD/ KOSMO!
SEPANG – Sebuah pesawat syarikat penerbangan, Sawadi Airlines terhempas sebelum terbakar di luar landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Bagaimanapun, insiden melibatkan pesawat Airbus 320 itu hanya merupakan simulasi latihan yang diadakan dua tahun sekali dengan kod nama Perisai Panthera melibatkan lebih 800 petugas dari 14 agensi berbeza.

Pengurus Besar Kanan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Mohd. Arif Jaafar berkata, simulasi senario kejadian itu diadakan bagi memastikan kesiapsiagaan dan pematuhan standard keselamatan terhadap fasiliti prasarana nasional.

“Ia juga sejajar dengan Arahan Penerbangan Awam Piawaian Volume 14 Aerodrome yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

“Simulasi ini selari Amalan Disyorkan dan Standard digariskan Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) bagi Perancangan Kecemasan Lapangan Terbang,” katanya hari ini.

Dalam latihan itu, sebuah kapal terbang jenis Airbus320 yang membawa seramai 158 penumpang dari Pulau Pinang menjunam ke tasik akibat masalah kegagalan elektrik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan