Terkejut tangkap ikan ‘bergigi manusia’

KOSMO
Gambar fail menunjukkan ikan pacu yang mempunyai gigi seperti manusia. - Erik Klietsch
SANFORD, TEXAS – Seorang pemancing di Texas terkejut apabila menangkap seekor ikan aneh yang mempunyai gigi seperti manusia di sebuah tasik tempatan baru-baru ini, lapor akhbar New York Post semalam. 

Ikan dikenali sebagai ‘pacu’ itu ditemui di Tasik Meredith, Sanford, dan ia kini ditempatkan di Muzium Akuatik dan Hidupan Liar Lake Meredith. 

Menerusi catatan di laman Facebook, pacu merupakan spesies ikan air tawar di Amerika Selatan. 

Meskipun berkait rapat dengan pirana, ikan ‘bergigi manusia’ itu hanya makan tumbuh-tumbuhan seperti buah beri dan kacang.

“Pacu dipercayai dilepaskan ke Tasik Meredith oleh seseorang yang mungkin memeliharanya.

“Ia boleh membesar dengan cepat di dalam akuarium sehingga mencapai panjang 16.51 sentimeter dan berat 39.9 kilogram. Ia mungkin mendorong pemilik untuk melepaskannya ke alam liar,” kata seorang kakitangan muzium. – AGENSI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan