Warga emas ditahan pasang Jalur Gemilang terbalik

Bernama
Keadaan bendera Malaysia yang dipasang terbalik membawa kepada penahanan seorang warga emas di Kuala Kangsar. (Gambar X)
IPOH: Lelaki warga emas berusia 60-an ditahan bagi membantu siasatan berkaitan pemasangan bendera Malaysia secara terbalik di sebuah bangunan dalam daerah Kuala Kangsar.

Ketua Polis Kuala Kangsar Heisham Harun, berkata kira-kira 3.20 petang tadi, pengadu yang berada di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kuala Kangsar, telah melayari laman Facebook ‘Kuala Kangsar Tetap Di Hati’ mengenai insiden itu.

Satu laporan polis telah dibuat berkaitan dengan hantaran tersebut dan tangkapan telah dibuat ke atas satu lelaki berusia 60-an bagi membantu siasatan, katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

Justeru, Heisham menasihatkan orang ramai supaya lebih peka dan berhati-hati dengan setiap pemasangan bendera sempena Bulan Kebangsaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan