Kelantan: Buruh warga Myanmar dipenjara 24 tahun kerana merogol di Bachok

Harapandaily
Seorang buruh warga Myanmar dipenjara 24 tahun dan empat sebatan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, selepas mengaku bersalah merogol seorang remaja perempuan bawah umur, pada November tahun lalu dan April lalu.

Tertuduh, Mohd Rashid Sidiq, 30-an, membuat pengakuan itu selepas dua pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Tertuduh didakwa merogol seorang remaja perempuan bawah umur pada November tahun lalu ketika mangsa berumur 16 tahun dua bulan dan sekali lagi melakukan perbuatan sama pada April lalu.

Perbuatan itu dilakukan di dalam bilik tidur di sebuah rumah tanpa nombor di Jalan Gunong, dekat Bachok, jam 8 malam pada November 2023 dan jam 8 malam April lalu.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan dua sebatan masing-masing untuk pertuduhan pertama serta pertuduhan kedua.

Hukuman penjara itu diarahkan berjalan berasingan yang bermula dari tarikh jatuh hukum, hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan