Lima negara paling ramai janda

SAIRUL ZAMRI MISRANI

Di Kazakhstan, daripada lebih 19 juta penduduk dianggarkan 4.6 orang telah melalui prosiding perceraian bagi 1,000 penduduk. - Gambar hiasan
KEHILANGAN lelaki bergelar suami sama ada disebabkan kematian atau perpisahan merupakan perkara yang menyakitkan serta menyedihkan.

Bagi isteri pula, memegang gelaran janda, balu atau ibu tunggal bukanlah perkara mudah terutamanya kepada mereka yang mempunyai ramai tanggungan.

Satu laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini merekodkan lebih 258 juta janda di seluruh dunia.

Negara manakah menduduki carta teratas?

Panorama minggu ini menyenaraikan lima negara paling ramai ibu tunggal atau janda seperti dipetik dalam portal viva.co.id.

Kazakhstan
Di Kazakhstan, daripada lebih 19 juta penduduk dianggarkan 4.6 orang telah melalui prosiding perceraian bagi 1,000 penduduk. Kadar itu adalah yang kedua tertinggi di dunia pada 2020-2021.
Perceraian berlaku disebabkan bilangan perkahwinan baharu yang banyak, tetapi ekonomi tidak mengimbanginya.

Maldives
Maldives adalah negara di rantau Asia Selatan yang mempunyai janda kedua paling ramai di benua tersebut.

Kadar perceraian di negara itu mencecah 5.52 bagi setiap 1,000 penduduk dengan jumlah penduduk melebihi 500,000 orang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan