Paderi Belgium ditahan selepas hubungan seks maut, dadah dengan paderi British

Bharianonline

BRUSSELS: Seorang paderi Britain meninggal dunia selepas semalaman melakukan hubungan seks dan dadah dengan seorang paderi Belgium yang kini ditangkap atas tuduhan berkaitan dadah, kata pihak berkuasa Belgium, semalam.

Lelaki berusia 69 tahun yang tidak didedahkan namanya bermalam dengan rakan paderinya, 60, di sebuah rumah paderi di Kalmthout utara Antwerp pada Khamis berikutan dia tidak sihat, kata pejabat pendakwa raya.

Tidak lama selepas tengah malam, paderi Belgium itu menghubungi perkhidmatan kecemasan berikutan rakannya tidak sedarkan diri.

Menurut pejabat pendakwa raya, kedua-dua lelaki itu menggunakan ekstasi dan 'popper' serta melakukan hubungan seks.

"Kedua-dua lelaki itu menggunakan ekstasi dan 'popper' serta melakukan hubungan seks. Dua pil ekstasi ditemui," katanya.

Katanya, siasatan sedang dijalankan dan bedah siasat tidak dapat memberikan sebarang maklumat konklusif mengenai punca sebenar kematian.

Paderi berusia 60 tahun itu disoal siasat oleh hakim penyiasat dan ditahan.

Dia menghadapi pertuduhan mengedar dadah sehingga menyebabkan kematian. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan