Pemimpin DAP silap baca ‘hadis’: Pas patut ajar bukan halau

Harapandaily

AHMAD MURSI

YB Fadhli Syaari kritik pemimpin DAP kerana tersalah baca frasa yang disangka hadis malah diberi nasihat ‘lebih baik’ rujuk tokoh komunis.

Sepatutnya dia jelaskan dengan cara berhikmah, bukan larikan orang dari ajaran Islam dengan sarkastiknya.

Walaupun diplomanya dalam bidang dakwah, tapi bila jadi aktor politik, ilmu dakwahnya dilihat tidak lagi berguna.

Sabda Nabi:
“يَسِّرُوا وَلَا تُعَسِّرُوا، وَبَشِّرُوا وَلَا تُنَفِّرُوا”
“Permudahkanlah dan jangan menyusahkan, sampaikan berita gembira dan jangan menyebabkan orang lari.” (HR Bukhari & Muslim)

Jika DHPP atau sekutu Pas buat silap, tentulah sikap Pas berbeza.

Jika DAP berusaha tunjukkan mereka cuba fahami Islam, Pas lebih suka jika DAP tonjolkan sikap ‘anti-Islam’.

Itu lebih menguntungkan Pas dan Pas rasa rugi jika DAP semakin lunak dengan ajaran Islam.

Yang lebih saya bimbangi, persepsi masyarakat bukan muslim lain yang melihat reaksi ekstrem Pas ini.

Bagi yang baru nak kenali Islam dan fahami akhlak Rasulullah, jangan tengok akhlak pemimpin Pas.

Jangan belajar Islam melalui kaca mata Pas, bimbang tersilap faham antara pendekatan Wasatiyyah (sederhana) yang Islam anjurkan dan pendekatan Khawarij yang dilarang.

Pas jadikan agama sebagai ‘senjata’ politik melalui tafsiran yang salah. Hal seperti ini juga berlaku dalam agama lain.

Contohnya, Zi0nis menggunakan agama Yahudi untuk ideologi politik ekstrem. Ramai penganut Yahudi percaya ideologi Zi0nis bertentangan dengan ajaran agama sebenar.

Pas sepatutnya jelaskan dengan hikmah apa yang dikatakan hadis, apa yang tidak, hadis sahih bagaimana, hadis maudu’ bagaimana.

Kesilapan menukilkan hadis berlaku kepada ramai, hatta oleh ustaz-ustaz yang berceramah menukilkan hadis palsu atau kata² ulama yang disangka hadis.

Zaman ini tiada lagi alasan untuk kita tidak semak status hadis dengan banyak kemudahan dalam talian yang ada.

Masa kecil dulu, banyak frasa-frasa Arab yang kita sangkakan hadis, tapi bila dah besar, barulah kita faham itu bukanlah hadis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan