Penduduk kampung di Gorontalo lipat dan gulung ular sawa gergasi sepanjang 8 meter

KOSMO!
SEEKOR ular sawa digulung dan dilipat di Gorontalo. - Foto Istimewa
JAKARTA  –  Seekor ular sawa gergasi sepanjang 8 meter (26 kaki)  digulung dan dilipat selepas dibunuh oleh penduduk setempat di Gorontalo, Sulawesi, lapor portal berita detiksulsel hari ini.

Sebelum digulung dan dilipat, reptilia itu telah membaham seekor anak kambing,

Ular itu kemudian diikat dengan tali nilon dan diletakkan di atas tempat duduk sebuah motosikal.

Ular sawa itu ditemui oleh seorang penduduk dikenali sebagai Rahmat semalam.

“Ya, saya menjerit meminta tolong kepada isteri untuk memanggil penduduk lain dan mereka datang membantu untuk menangkap ular sawa ini,” ujarnya.

Dia menangkap reptilia itu dengan menggunakan tali. 

Perut ular itu dibelah dengan menggunakan parang dan penduduk kampung mendapati terdapat seekor anak kambing di dalamnya. – AGENSI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan