Penipuan seorang ulama dalam politik: Bukan hal kecil walaupun sekali

Harapandaily

 AHMAD MURSI

Hj Hadi sekali lagi dakwa, ‘Kerajaan PH’ nak hapus Islam sebagai agama negara dalam Perlembagaan dan ini bukan penipuan kali pertama.

Hal seperti itu hampir mustahil berlaku tanpa perkenan Raja² Melayu tambahan lagi, MP muslim kerajaan jauh lebih ramai.

Hj Hadi dan PAS pula dengan angkuh menolak sertai Kerajaan Perpaduan apabila dipelawa oleh Agong, walhal itu cara terbaik ‘pertahan Islam’ jika benar dakwaannya.

Inilah risiko bila pengikut angkat seseorang sebagai ulama dalam masa sama terpaksa berkempen politik dengan pelbagai fitnah dan penipuan.

Sudah banyak penipuan dengan tema ‘Islam terancam’ berlaku sepanjang karjaya politiknya. Berbohong pula difatwakan ‘wajib’ demi maslahah parti.

Contohnya, insiden audio Nik Abduh bocor, surat Hj Hadi kepada pemimpin dunia Islam yang sarat dengan penipuan, bayaran penyelesaian kesnya dan Sarawak Report dan lain-lain.

‘Ulama’ yang menipu, tidak hanya mencabar integriti sifat ulamanya, lebih dibimbangi imej Islam itu sendiri tercemar.

Dalam tradisi keilmuan Islam, ulama yang menipu walaupun sekali, dikira berat dan tidak sama seperti orang awam menipu. Apatah lagi jika berkali-kali.

Misalnya, dalam ilmu Jarh Wa Ta’dil, jika perawi atau ulama’ diketahui selalu menipu samada dalam hal periwayatan Hadis atau kehidupan peribadi, dia akan dianggap Kazzab (penipu) atau Matruk (ditinggalkan).

Ulama silam lebih fokus dalami dan sebarkan ilmu. Berbeza dengan Hj Hadi yang terpaksa menipu dalam kempen pilihanraya demi memburukkan lawan politik yang turut sama berjuang Islam.

Walaupun menipu dalam hal politik, dibimbangi keilmuan dalam bidang² lain akan turut dipersoal dan dipertikaikan kesahihannya.

Firman Allah: “Dan janganlah kamu campur-adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui.”. Surah Al-Baqarah, 2:42.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan