Dikejar polis dari Muar sampai ke Kuala Lumpur

Alias Abd Rani
am@hmetro.com.my

Muar: Polis memburu pemandu sebuah sebuah pacuan empat roda (4WD) Toyota Hilux berwarna hitam yang menghilangkan diri selepas dikejar polis sejauh 180 kilometer, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata, insiden itu berlaku pada 2.30 pagi apabila pemandu 4WD terbabit melanggar lampu isyarat merah di Jalan Bakri, di sini.

Beliau berkata, Secara kebetulan, sebuah kereta peronda dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar terserempak kenderaan terbabit lalu memintanya berhenti untuk pemeriksaan.

Bagaimanapun katanya, suspek terus memecut kenderaannya dan melarikan diri.

Beliau berkata, pasukan peronda terus mengejar kenderaan dipandu suspek dengan bantuan Polis Kontinjen Melaka serta Bukit Aman dan Balai Polis Trafik Kuala Lumpur sehingga ke Jalan Chan Sow Lin.

"Namun, suspek meloloskan diri apabila kenderaan dipandunya 'memanjat' tebing yang tidak boleh dilalui kenderaan polis sebelum memnadu melawan arus.

"Suspek kemudian menghilangkan diri. Usaha mengesan pemandu dan 4WD terbabit masih giat dijalankan," katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Justeru, beliau meminta orang ramai mempunyai maklumat mengenai kenderaan dan suspek diminta menghubungi balai polis berhampiran.

Katanya, polis membuka dua kertas siasatan mengikut Seksyen 186 Kanun dan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan