Empat lelaki lepas tembakan ke rumah pasangan suami isteri direman

SITI NOR MAS ERAH AMRAN
Suspek ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Butterworth, hari ini. Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN/KOSMO!
SEBERANG PERAI – Empat lelaki termasuk dua beradik direman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan selepas dipercayai melakukan ugutan dengan melepaskan tembakan di kediaman sepasang suami isteri di Lorong Bunga Rampai di sini, semalam.

Permohonan reman terhadap suspek utama dan rakannya yang masing-masing berusia 43 dan 53 tahun dikeluarkan Majistret Balqis Roslin manakala dua beradik lagi yang berusia 50-an itu dibenarkan reman selama tiga hari.

Semalam, polis menahan keempat-empat suspek terbabit di sebuah kediaman di Lorong Mawar, Jalan Raja Uda kira-kira pukul 3.30 petang selepas menerima laporan daripada pasangan suami isteri yang mendakwa diugut dengan cara melepaskan tembakan di rumah mereka. -KOSMO! ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan