Kes hasutan Sanusi: Apa jadi?

Harapandaily

Mahkamah Tinggi Shah Alam sekali lagi menetapkan tarikh baru untuk sebutan kes hasutan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Tarikh baru untuk sebutan kes ialah 10 Disember, Hakim Aslam Zainuddin memutuskan selepas timbalan pendakwaraya Abdul Malik Ayob memaklumkan kepada mahkamah bahawa pendakwaan memerlukan waktu yang lebih banyak ekoran respresentasi yang difailkan oleh Sanusi masih sedang dipertimbangkan oleh Peguam Negara.

Sanusi telahpun memohon keampunan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada bulan September kerana mempersoal keputusan baginda dalam pelantikan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amiruddin Shari ketika berkempen pilihan raya negeri Selangor pada bulan Julai 2023.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan