Lubuk pelacur warga asing dengan bayaran RM120 setengah jam

RM120 setengah jam, hotel di empat kawasan di KL ini rupanya lubuk pelacur warga asing
Harapandaily

Harga yang ditawarkan di hotel yang menawarkan perkhidmatan seks warga asing di sekitar Kuala Lumpur adalah berbeza mengikut tempat antaranya RM120 setengah jam dan RM140 hingga RM250 untuk satu jam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd Rusdi Isa berkata, pihaknya telah melakukan serbuan di empat buah hotel membabitkan kawasan di Cheras, Sri Petaling, Jalan Ipoh, dan Danau Kota.

“Hasil serbuan berjaya menangkap 21 wanita warga asing disyaki pelacur terdiri daripada warga Indonesia, Vietnam, Thailand, dan Laos.

““Turut ditangkap lima lelaki tempatan dan kesemua mereka berusia 20 hingga 61 tahun,” katanya, lapor Kosmo!

Serbuan Op Noda KL Strike Force itu dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Jelas Mohd Rusdi, operasi tersebut menyasarkan aktiviti pelacuran di hotel melalui kaedah ‘walk in’ atau tempahan dalam talian.

“Setelah ditempah, pelanggan akan dibawa ke bilik yang didiami oleh pelacur di hotel,” katanya.

Menurutnya, antara barangan dirampas 62 keping kondom, tuala (21), botol minyak pelincir (22), gulung tisu (18), tisu basah (tiga) dan wang tunai RM905.

Beliau memaklumkan kesemua mereka disiasat di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan 373 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, katanya, pelacur warga asing yang ditahan pula disiasat di bawah Seksyen 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen dan Seksyen 55B Akta Imigresen.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan