Menjawab fitnah poster dari pembangkang isu NAFAS

Harapandaily

SYAM GHAZ

Naratif yang dimainkan oleh pembangkang, lima orang Ahli Jemaah Pengarah ini yang terlibat dalam skandal baja NAFAS RM1.8 billion yang ditahan SPRM berberapa hari lepas.

Padahal kami yang lapor kepada SPRM dan kuburkan kartel Baja di NAFAS sebelum ia hidup balik zaman PN.

Gambar tahun 2019/2020 diwaktu saya salah seorang yang dilantik sebagai Ahli Jemaah Pengarah NAFAS pada waktu itu oleh arwah Datuk Seri Salahuddin Ayub, Menteri Pertanian waktu itu.
Lima yang ditahan SPRM itu babitkan kes pembelian baja 15,000 tan bernilai RM60 juta pada Jun 2022, waktu itu kami dah tiada dalam NAFAS. Kejadian itu berlaku zaman PN berkuasa 33 bulan.

Kami yang lawan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa pula dituduh terlibat dengan skandal baja? Rujuk link dibawah tertera gambar kami yang lapor kepada SPRM pada Feb 2020 membabitkan penyelewengan bernilai beratus juta, hingga NAFAS kerugian pada waktu itu RM50 juta.
Baca disini 

Apa kami buat? Kami jemput PriceWater Cooperhouse buat audit forensik semua akaun NAFAS dari tahun 2016 – 2018. Di situ kami temui pelbagai kesalahan membabitkan ratusan juta ringgit.

Ia membabitkan pembelian bangunan penjabat NAFAS berpuluh juta, pembelian baja dari Vietnam berpuluh juta, pembelian padang sawit di Miri Sarawak bernilai beratus juta, pembelian baja bio berjuta-juta, penyewaan bangunan NAFAS di Bukit Bintang, pembelian bangunan kilang NAFAS Feedmill di Muar dan lain-lain.

Hendak tahu agenda perubahan yang kami buat dalam masa setahun di NAFAS adalah berjaya kumpul tunai lebih RM800 juta dalam tangan, daripada rugi berpuluh juta.

Rujukan:

Pembangkang ingat saya tulis ni tak tahu apa pasal Nafas agaknya. 

Sejak 2019 - 2020 (Feb) lagi waktu kami dilantik sebagai AJP lantikan Menteri di NAFAS kami buat audit forensik dan lapor SPRM membabitkan kerugian RM50 juta duit Nafas oleh Ajp sebelum kami.

Daripada Nafas rugi berpuluh juta, kepada Nafas ada tunai ditangan RM800 juta lebih.

Semua buku Minit Mesyuarat hari pertama hingga hari terakhir Kerajaan PH tumbang akibat tebuk atap, saya masih simpan.

Terima kasih buat arwah Dato Seri Salahuddin Ayub, Menteri Pertanian waktu itu beri kami peluang Reform Nafas.

33 bulan PN berkuasa, duit kami cari dulu dah negatif RM400 juta lebih.

Skrg kita dapat bentuk kerajaan semula, kita siasat sampai lubang cacing kaki sakau dalam
NAFAS.

Pesawah dan Peladang harus dibela, pengkhianat yang sakau duit Nafas harus disumbat dalam lokap.

Ada berberapa perkara yang pasukan Dream Team NAFAS tidak sempat buat bersama arwah dulu;

I. Ambik kuota import Bernas 50% bagi kepada Nafas 2022
II. Tubuhan Perbadanan Agro Makanan Nasional Bhd untuk ambil alih semua syarikat Nafas yang buat untung disatukan menjadi satu entiti bisnes yang berdaya saing.
Iii. Menjadi pengimport daging beku fight kartel daging dari India.
Iv. Membina Industri Ayam ke 5 yang dikuasai Kerajaan 100% dari anak, telur, dedak, ladang, proses dan hiliran.
V. Buka ladang durian besar besaran untuk eksport ke China (skrg 55 syarikat yang dpt lesen eksport adalah bukan bumiputera).
Vi. Kurangkan 75Billion import makanan sebanyak mungkin dengan sekat pemberian lesen import secara berfasa hingga ke 50%, bakinya tanam dan ternak dalam Negara. Semua AP & IP sebelum jatuh Kerajaan Nafas sudah dapat.
Viii. Kawal kartel di semua agensi Kerajaan terutamanya dalam Padi, Daging, Ayam, Sayuran, Soya, Jagung dan paling teruk uruskan Kartel Ptd Korup!

Apakan daya, usaha kecil kami dulu tergendala. Hadi Awang, Mahathir, Azmin, Muhyiddin sabotaj dari dalam.

Al Fatihah untuk arwah Abg Din, sukarnya nak cari penganti sepertimu lagi😭

Tiada ulasan:

Catat Ulasan