Remaja diserang secara seksual hingga sawan, polis tahan suspek

Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@mediaprima.com.my

Petaling Jaya: Seorang lelaki menghidap penyakit sawan, trauma selepas menjadi mangsa seks luar tabii seorang lelaki di Lembah Subang, di sini, Rabu lalu.

Menurut sumber, mangsa berusia 19 tahun itu pada mulanya diserang sawan ketika berada di rumahnya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang.

"Selepas mangsa kembali pulih, lelaki itu menceritakan kepada ibunya, sebelum itu dia dipaksa melakukan seks luar tabii dengan lelaki tidak dikenalinya.

"Susulan itu, mangsa tampil membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

"Suspek sudah ditahan dan kini direman bagi membantu siasatan.

"Maklumat berkaitan kejadian itu akan diberi dalam kenyataan media esok," katanya yang memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan