SPRM sahkan 5 YB telah dipanggil dalam kes Skandal rasuah ADUN Sabah

SITI NUR ZAWANI

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah sudah memulakan siasatan terhadap dakwaan ADUN negeri itu terlibat dengan rasuah perolehan projek mineral.

SPRM berkata, setakat ini lima orang ADUN sudah dipanggil untuk dirakam percakapan dan siasatan masih giat dijalankan.

Pihaknya juga telah telah menerima aduan mengenai seorang ahli perniagaan disyaki terbabit dakwaan rasuah dalam perolehan projek mineral di negeri itu.

Kata agensi tersebut, siasatan awal berhubung aduan itu telah membawa kepada penemuan maklumat yang mengaitkan beberapa ADUN Sabah dengan ahli perniagaan terbabit.

“Setakat ini, lima orang ADUN telah dipanggil untuk dirakam percakapan, dan siasatan masih giat dijalankan.

“SPRM menyeru orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes ini dan memberi ruang kepada pihak berkuasa melengkapkan siasatan dengan telus dan menyeluruh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Siasatan SPRM digerakkan selepas terdedah beberapa klip video dipercayai perbualan antara beberapa ADUN Sabah dengan seorang individu yang merakam perbualan tersebut.

Pemberi maklumat yang membuat rakaman itu bagaimanapun masih belum membuat laporan polis.

Dia meminta campur tangan SPRM dan Perdana Menteri untuk mendapatkan perlindungan dan kekebalan undang-undang di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010

Pemberi maklumat mendakwa mempunyai lapan video menunjukkan Adun berbincang mengenai wang.

Dia mendakwa bahawa ia adalah rasuah yang diberikan sebagai pertukaran untuk sokongan mereka bagi mendapatkan projek di negeri terbabit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan