‘Tarzan’ tundukkan anaconda gergasi

KOSMO!
HOLSTON mengangkat seekor ular anaconda di atas bahunya. - Foto Tangkap Layar/Instagram/@therealtarzann
WASHINGTON –  Seorang lelaki digelar sebagai ‘Tarzan Sejati’ mengangkat seekor anaconda gergasi  dan meletakkan ular itu di atas bahunya, lapor portal berita Hindustan Times semalam.

Mike Anthony Holston yang juga bekas pemain bola sepak Amerika dan terkenal kerana minatnya yang mendalam terhadap haiwan, berkongsi video aksi tersebut di platform Instagram, @therealtarzann.

Kekuatan dan ketenangannya ketika mengangkat ular itu mengejutkan ramai netizen.

Seorang netizen berkata: “Saya sentiasa bimbang tentang keselamatan anda. Saya sedar anda  tahu apa yang anda lakukan, tetapi saya sangat takut pada ular”.

 “Jadi, filem Anaconda sebelum ini hanya untuk menakut-nakutkan orang ramai kerana lelaki ini kelihatan hebat. Dia selamba sahaja (mengangkat reptilia itu),” kata seorang lagi netizen.

Netizen lain membalas: “(Jangan terpedaya), ular ini boleh menelan lelaki dewasa sebagai hidangan tengah hari.”  – AGENSI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan