Terengganu: Pekerja binaan maut ditimpa siling

Nazdy Harun
am@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: Pekerja pembinaan maut selepas ditimpa siling di sebuah tapak pembinaan pasar raya di sini, hari ini.

Kejadian menimpa remaja berusia 17 tahun itu disedari salah seorang pekerja yang kemudiannya menghubungi polis jam 4.51 petang.

Polis yang menerima maklumat bergegas ke lokasi kejadian dan pasukan perubatan yang berada di lokasi mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Katanya, hasil siasatan mendapati tiada unsur-unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan