Trump sedang mendahului Harris

Malaysiakini 

Calon Presiden Republikan, Donald Trump dan pencabarnya daripada Demokrat, Kamala Harris terus bersaing rapat untuk menguasai Rumah Putih.

Menurut media di AS, selain mencatat kemenangan besar di Texas dan Ohio, Trump turut menguasai 18 negeri lain yang menyokong mahupun cenderung kepada Republikan.

Antaranya di North Carolina yang dianggap negeri medan pertempuran utama dan penting bagi mengecilkan peluang calon Demokrat itu.

Harris pula mencatat kejayaan di negeri Colorado, Delaware, Illinois, Maryland, Massachusetts, New York, Rhode Island dan Vermont serta ibu negara AS, Washington DC.

Menurut AP, Trump kini memiliki 230 undi elektoral berbanding 205 yang dipungut oleh Harris.

Majoriti diperlukan untuk memenangi jawatan Presiden AS ialah 270 undi elektoral.

Pemerhati menjangkakan perlumbaan sengit untuk Rumah Putih akan bergantung kepada beberapa negeri medan pertempuran utama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan