Wanita ditumbuk minta ‘rider’ perlahankan kelajuan

KOSMO!

BANGKOK – Seorang wanita Russia mendakwa ditumbuk di muka oleh pemandu teksi motosikal selepas memintanya memperlahankan kenderaan kerana bimbang tentang keselamatan mereka,  lapor laman berita The Pattaya News semalam.

Kejadian berlaku di Pattaya, Thailand.

Menurut kenyataan wanita berkenaan, pemandu lelaki warga Thailand itu memandu laju.

Dia kemudian  meminta pemandu itu memperlahankan motosikal  kerana bimbang mereka mungkin mengalami kemalangan.

Wanita itu juga tidak memakai topi keledar, namun permintaannya mencetuskan  ertengkaran.

Pemandu itu seterusnya berhenti dan dia didakwa menumbuk muka wanita berkenaan beberapa kali, mengakibatkan luka pada bibir mangsa.

Wanita dikenali sebagai Anna itu  turut merakam kejadian tersebut.

Ia memaparkan penyerang sebagai seorang lelaki tinggi dalam lingkungan umur 20-an dan berkulit gelap. 

Polis sedang menyiasat kejadian itu selepas mangsa membuat laporan kepada pihak berkuasa. – AGENSI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan