Anggota polis tak mengaku cabul jurugambar wanita dengan isyarat lucah

BERNAMA
Aksi lucah seorang anggota polis yang tersebar di media sosial pada Disember lalu
Aksi lucah seorang anggota polis yang tersebar di media sosial pada Disember lalu
KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan mencabul kehormatan seorang jurugambar wanita dengan isyarat lucah pada Disember tahun lepas.

Tertuduh, Lans Koperal Muhammad Faris Ariffin Tait, 33, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap seorang wanita berusia 26 tahun di hadapan sebuah bangunan di Jalan Tun Razak pada 3.58 petang pada 13 Disember 2024.

Dia didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun, denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Vivi' Asnita Zaina' Larifin, mencadangkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin.

"Anak guam saya menanggung keluarga termasuk ibu dan bapanya. Isteri tertuduh juga tidak bekerja dan mereka mempunyai seorang anak. Mohon jumlah jaminan yang minimum," katanya.

Majistret, MS Arunjothy, membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 14 Mei ini untuk sebutan kes.

-- BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan