Mohamed Farid Noh
farid_noh@bh.com.my
Iskandar Puteri: Seorang guru direman lima hari bermula hari ini, kerana dipercayai terbabit mencabul tiga murid perempuan sebuah sekolah rendah, di sini.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan, berkata lelaki berusia 47 tahun itu ditahan semalam di sekitar daerah ini.
"Polis mengesahkan laporan diterima mengenai kes ini, sebelum penahanan terhadap suspek lelaki berusia 47 tahun berkenaan dibuat semalam.
"Suspek kini sedang ditahan reman selama lima hari bermula hari ini hingga Ahad ini.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017, atas kesalahan bagi maksud seksual menyentuh mana-mana bahagian badan seseorang kanak-kanak," katanya dalam kenyataan, di sini.
Kumarasan berkata, tiga murid perempuan berkenaan berusia sembilan tahun dan siasatan masih berjalan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan