Reuters

ZONDI bermain diposisi tengah untuk pasukan Durban City. -FOTO Agensi
Durban: Pemain bola sepak Afrika Selatan, Sinamandla Zondi, meninggal dunia selepas rebah ketika sesi pemanas badan sebelum perlawanan divisyen kedua antara Durban City dan Milford FC.
Menurut kenyataan kelabnya, pemain berusia 22 tahun itu dikejarkan ke hospital sebelum perlawanan Durban menentang Milford FC dan perlawanan itu ditangguhkan pada separuh masa apabila pegawai diberitahu Zondi sudah meninggal dunia.
Punca kematian masih belum dikenal pasti setakat ini.
"Dengan penuh dukacita, kami mengesahkan pemergian Sinamandla Zondi, atau lebih dikenali sebagai Sgora, ahli keluarga Durban City yang amat disayangi.
"Sinamandla bukan sekadar pemain bola sepak berbakat. Dia juga adalah rakan sepasukan, sahabat, saudara, anak dan inspirasi kepada semua yang mengenalinya."
"Kami merakamkan ucapan takziah dan simpati mendalam kepada keluarga, rakan, rakan sepasukan, jurulatih serta semua yang terkesan dengan kehilangan tragik ini.
"Pihak kelab akan terus memberikan sokongan kepada mereka yang rapat dengan arwah sepanjang tempoh sukar ini," kata kenyataan itu.
Zondi, yang bermain di posisi pertahanan, memulakan kerjaya profesionalnya pada September 2021 dan menjadi pemain tetap dalam skuad Durban City musim ini, yang kini mendahului carta liga serta berada di landasan untuk dinaikkan ke liga utama bola sepak Afrika Selatan.
-hmetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan