Meor Riduwan Meor Ahmad
am@hmetro.com.my

TANGKAP layar video tular lelaki disyaki terbabit jenayah ragut dan samun ditangkap pekerja penghantar makanan di Malim. FOTO tular
Melaka: Tindakan pantas orang awam berjaya menahan seorang lelaki disyaki melakukan jenayah samun dan ragut, petang semalam.
Terdahulu tular video berdurasi 46 saat menunjukkan penjenayah berbaju hitam ditahan oleh beberapa individu pekerja penghantar makanan sebelum diserahkan kepada polis yang hadir ke lokasi kejadian.
Penjenayah dipercayai berusia 30-an itu dikejar kira-kira 12 kilometer oleh sekumpulan penghantar makanan dari sebuah pasar raya di Bachang hingga ke kawasan Malim.
Menerusi video itu, beberapa individu berang dan mendakwa kegiatan penjenayah itu menjejaskan periuk nasi mereka sebagai penghantar makanan.
Ini berikutan dia dipercayai mengaburi kegiatan jenayah dengan meletakkan beg sebuah jenama penghantar makanan pada motosikal yang ditunggang.
Ketua Polis Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek.
Katanya, lelaki terbabit disyaki terbabit beberapa kes jenayah berkaitan dan akan kenyataan rasmi akan dikeluarkan hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan