Seorang jemaah Islam maut ditikam 50 kali dalam masjid

BHarianonline 
Anggota forensik dan pasukan polis Perancis menjalankan siasatan di masjid tempatan La Grand-Combe, selatan Perancis, selepas seorang jemaah Islam ditikam hingga maut di masjid berkenaan. - Foto AFP
Anggota forensik dan pasukan polis Perancis menjalankan siasatan di masjid tempatan La Grand-Combe, selatan Perancis, selepas seorang jemaah Islam ditikam hingga maut di masjid berkenaan. - Foto AFP
MARSEILLE: Perdana Menteri Perancis, Francois Bayrou, mengutuk pembunuhan seorang jemaah Islam ketika solat dalam masjid, dengan polis sedang giat memburu suspek yang turut merakamkan mangsa ketika hampir mati.

"Seorang jemaah dibunuh semalam. Kekejaman Islamofobik itu dipamerkan dalam sebuah video.

"Kami bersimpati dan bersama keluarga mangsa serta jemaah yang terkejut dengan tragedi ini .

"Aset-aset negara telah digerakkan untuk memastikan pembunuh itu ditangkap dan dihukum," katanya dalam satu catatan mesej yang disiarkan di platform sosial X.

Penyerang terbabit menikam jemaah itu sekurang-kurangnya 50 kali, kemudian merakamnya dengan telefon bimbit sambil menghina Islam dalam serangan pada Jumaat lalu di kampung La Grand-Combe di wilayah Gard, selatan Perancis.

Pada awal semalam, penyiasat berkata mereka sedang menyiasat pembunuhan itu sebagai jenayah yang mungkin berpunca daripada Islamofobia.

Sehingga semalam, suspek masih bebas, kata pendakwa raya wilayah, Abdelkrim Grini kepada AFP.

Rakaman yang diambil oleh pembunuh itu menunjukkan dia menghina Islam sebaik sahaja melakukan serangan itu.
Pasukan polis Perancis menghalang akses ke sebuah jalan di La Grand-Combe, selatan Perancis, pada 25 April 2025, selepas seorang jemaah Islam ditikam hingga maut di masjid tempatan. - Foto AFP
Pasukan polis Perancis menghalang akses ke sebuah jalan di La Grand-Combe, selatan Perancis, pada 25 April 2025, selepas seorang jemaah Islam ditikam hingga maut di masjid tempatan. - Foto AFP
Suspek menghantar video yang dirakam dengan telefonnya, menunjukkan mangsa begitu sengsara, kepada seseorang yang kemudian berkongsi video itu di platform media sosial sebelum memadamkannya.

Cara pembunuhan tidak ditunjukkan dalam gambar yang dimuat naik ke media sosial tetapi dirakam oleh kamera keselamatan di dalam masjid.

Dalam rakaman itu, pembunuh menyedari kewujudan kamera pengawasan dan kedengaran berkata: "Saya akan ditangkap, itu pasti".

Menurut sumber lain, yang juga meminta identitinya tidak didedahkan, menyatakan walaupun suspek belum ditangkap, dia dikenal pasti sebagai warganegara Perancis yang berasal dari Bosnia dan bukan seorang Islam.

Hanya mangsa dan penyerang berada di dalam masjid pada waktu kejadian.

Suspek 'dirakam' bersolat bersama lelaki itu, sebelum menyerang dan menikam mangsa hingga 50 kali sebelum melarikan diri dari tempat kejadian.

Mayat mangsa hanya ditemui kemudian pada waktu pagi apabila jemaah lain tiba di masjid untuk solat Jumaat.

Menurut pendakwa raya Grini, mangsa yang berusia antara 23 hingga 24 tahun adalah seorang jemaah tetap di masjid tersebut. Pembunuh itu tidak pernah dilihat di situ sebelum ini. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan