Kelantan: Pemilik spa cedera disimbah asid

ROHANA MOHD. NAWI
Lokasi premis mangsa yang disimbah asid di pekan Beris Kubor Besar, Bachok semalam. FOTO ROHANA MOHD. NAWI
BACHOK – Seorang pemilik sebuah spa dan salun kecantikan cedera pada lengan selepas disimbah cecair yang dipercayai asid oleh tiga individu termasuk dua wanita yang tidak dikenali semasa berada di tingkat atas premisnya di pekan Beris Kubor Besar di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an masih memakai telekung selepas menunai solat maghrib berada di dalam kedainya bersama seorang anak.

Saksi kejadian yang merupakan peniaga berhampiran kawasan itu, Izati Aziz, 20, berkata, dia menyedari kejadian itu selepas terdengar beberapa kali jeritan mangsa meminta pertolongan supaya memanggil polis.

“Saya bergegas keluar dan mendapati mangsa masih memakai telekung solat dan menjerit meminta tolong sambil memimpin tangan anaknya.

“Peniaga pasar malam berhampiran premis mangsa terus membantu menghubungi pihak polis,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini.

Izati memberitahu, dia melihat pemilik spa itu terus berlari ke klinik untuk mendapatkan rawatan.-KOSMO! ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan