Tak rasmi: Rafizi kalah pemilihan PKR
Malaysiakini
Rafizi Ramli gagal mempertahankan kerusi Timbalan Presiden PKR yang disandangnya sebelum ini apabila parti itu selesai menjalankan pemilihan hari ini, menurut keputusan tidak rasmi.
Keputusan itu diumumkan oleh seorang pegawainya sebentar tadi, selain maklumat daripada sumber dalaman parti serta ejen kiraan yang enggan namanya didedahkan.
"Alhamdulillah. Kalah dah. Begitulah ceritanya," kata Syukri Razab di media sosialnya.
Pemimpin dari kem Nurul Izzah Anwar juga memberitahu maklumat sama kepada Malaysiakini.
Sementara itu menurut senarai “pemenang” tidak rasmi yang dilihat Malaysiakini, dua daripada sekutu Rafizi – Aminuddin Harun dan Chang Lih Kang – berjaya mengekalkan kedudukan mereka sebagak naib presiden.
Di peringkat majlis pimpinan pusat pula, senarai tidak rasmi menyaksikan sekurang-kurangnya ada tiga nama dari kem menteri ekonomi itu terpilih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan