FMT Reporters
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak berkata kemalangan itu membabitkan 48 mangsa.
Keadaan sebuah bas yang terbalik selepas terlibat dengan kemalangan di di Jalan Gerik-Jeli berhampiran Tasik Banding di Gerik, awal pagi tadi. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA: Seramai 15 dilaporkan maut dan beberapa lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Gerik-Jeli berhampiran Tasik Banding di Gerik, awal pagi tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak dalam satu kenyataan berkata 13 mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan dua lagi ketika menerima rawatan di hospital, lapor Sinar Harian.
“Setakat ini, tujuh mangsa berada dalam zon merah, 20 mangsa di zon kuning dan 16 mangsa di zon hijau di Hospital Gerik,” katanya.
Menurut sekretariat itu lagi, laporan kemalangan tersebut melibatkan 48 mangsa.
Difahamkan, nahas yang berlaku sekitar jam 1 pagi itu melibatkan sebuah bas yang membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Tiada ulasan:
Catat Ulasan