Kes gaduh mangsa ditetak parang terima 400 jahitan, 4 ditahan

FMT Reporters

PETALING JAYA: Empat suspek ditahan dalam pergaduhan di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan, Ahad lalu yang menyebabkan seorang lelaki terpaksa menerima 400 jahitan di seluruh badan.

Ketua Polis Nilai, Abdul Malik Hasim, berkata mangsa memaklumkan menerima kira-kira 400 jahitan di seluruh badan akibat ditetak parang dalam kejadian kira-kira 2.30 pagi itu.

Beliau berkata, empat suspek yang ditahan di sekitar Nilai direman hingga esok untuk membantu siasatan bawah Seksyen 148, 326 dan 427 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, mangsa turut ditahan kerana disyaki merusuh dan sudah dibebaskan dengan jaminan polis.

“Mangsa lelaki tempatan berusia 30-an hanya dibenarkan reman selama dua hari kerana keadaan kesihatannya,” katanya menurut Harian Metro.

Sebelum ini, media melaporkan seorang lelaki cedera di kepala dan kaki selepas diserang sekumpulan individu tidak dikenali dalam pergaduhan di depan sebuah restoran makanan segera di Bandar Baru Nilai Ahad lalu

Mangsa yang ditetak menggunakan parang dan sebatang kayu dikejarkan ke hospital dalam keadaan berlumuran darah sebelum dimasukkan ke zon merah untuk rawatan segera.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan