MB Selangor, Amirudin nafi kosong kerusi Sungai Tua

FMT Reporters

PETALING JAYA: Naib Presiden PKR Amirudin Shari nafi kerusi DUN Sungai Tua dimenanginya pada PRN 2023 akan dikosongkan untuk beri laluan kepada individu lain bertanding.

Amirudin yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor  menyifatkan dakwaan itu sebagai imaginasi dan tidak berasas.

Katanya, pengosongan kerusi untuk memberi laluan kepada seseorang bukan semudah disangka.

“Bukan semudah itu, ia memerlukan satu penelitian,” katanya ketika ditemui dalam Majlis Penyerahan E-Bike kepada Polis Selangor di IPK Shah Alam, menurut Bernama.

Beliau mengulas dakwaan kerusi DUN Sungai Tua akan dikosongkan untuk membolehkan PRK diadakan, memberi laluan kepada Menteri Perdagangan, Pelaburan dan Industri Tengku Zafrul Aziz bertanding.

Jumaat lalu, Tengku Zafrul mengumumkan peletakan jawatan dalam Umno serta keluar parti, dan berhasrat menyertai PKR.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan