Polis tahan tiga suspek kes kematian pelajar universiti di Cyberjaya

Malaysiakini 

Polis menahan tiga suspek dalam siasatan kes kematian seorang pelajar universiti di kondominium di Cyberjaya.

Ketua Polis Daerah Sepang, Norhizam Bahaman berkata, seorang lelaki dan dua wanita berumur antara 19 dan 20 tahun masing-masing ditahan di Johor dan Negeri Sembilan.

“Tangkapan dibuat dalam tempoh 48 jam selepas laporan polis diterima.

“Kesemua suspek akan dimohon tahanan reman pada pagi ini di Mahkamah Sesyen Sepang untuk membantu siasatan,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan