Cuba takutkan pencuri, pekebun durian maut tertembak diri sendiri

FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang warga emas maut dipercayai tertembak diri sendiri ketika cuba menakutkan pencuri di kebun duriannya di Kuala Klawang, Jelebu, semalam.

Lelaki berusia 67 tahun ditemukan adik iparnya dalam keadaan terbaring tidak bernyawa di atas tanah dengan kesan tembakan pada dada.

Memetik sumber, Sinar Harian melaporkan mangsa pergi ke kebunnya kira-kira 5 petang, namun lazimnya akan pulang kira-kira 7 malam.

Bagaimanapun, apabila dia masih belum pulang pada 9 malam, isterinya mula berasa bimbang.

“(Isterinya) kemudian memaklumkan perkara itu kepada adik iparnya yang kemudian pergi ke kebun untuk mencari mangsa,” menurut sumber.

Laporan polis berhubung kematian itu dibuat oleh adik mangsa.

Sementara itu, Ketua Polis Jelebu, Azizan Said, berkata pihaknya masih menyiasat kejadian dan orang ramai dinasihatkan tidak membuat spekulasi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan