Nur Izzati Mohamad
am@hmetro.com.my

LELAKI cedera dipercayai terkena tembakan di hadapan sebuah sekolah di Sungai Nyior, Butterworth. FOTO Facebook
Butterworth: Lelaki cedera dipercayai terkena tembakan yang dilepaskan individu tidak dikenali di hadapan sebuah sekolah di Sungai Nyior, di sini, petang tadi.
Difahamkan kejadian berlaku pada 6.10 petang ketika mangsa berada di dalam kereta dan sedang menunggu anaknya habis persekolahan.
Ketika itu datang individu tidak dikenali melepaskan beberapa das tembakan ke arah cermin kereta tempat duduk pemandu sebelum meloloskan diri.
Kejadian itu dirakam orang awam yang kemudian tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Anuar Abd Rahman ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, maklumat lanjut bakal menyusul.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan