Polis buka kertas siasatan dakwaan amang seksual penyanyi terhadap kanak-kanak lelaki

Hilmi Abdul Malik

KUALA LUMPUR: Polis telah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan seorang penyanyi yang dipercayai melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak lelaki.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan mengesahkan, telah menerima laporan kes berkenaan.

“Ada (terima laporan). Kita dah jalankan siasatan,” katanya ringkas ketika dihubungi Buletin TV3 hari ini.

Tambahnya lagi, perkembangan lanjut berhubung suspek akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Baru-baru ini, pempengaruh Ariz Ramli atau lebih dikenali sebagai Caprice mendedahkan berlaku perbualan yang agak jelik antara penyanyi berkenaan dengan seorang kanak-kanak lelaki.

Aduan itu dibuat ibu mangsa dengan mendakwa anaknya yang juga seorang pelakon mengalami perubahan drastik, selepas kerap berhubung dengan penyanyi irama tradisional itu.

Kes disiasat mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan