Ramai nasihat Tun M berehat layani keluarga saja

Mahu sumbang tenaga kepada negara dan bangsa, ramai nasihat Tun M berehat layani keluarga

Harapandaily

Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi pendiriannya yang mahu memberi sumbangan tenaga dan akal fikiran kepada negara dan bangsa.

Bagaimanapun, bekas Perdana Menteri itu menyedari bahawa dirinya sudah tua tetapi masih ingin bersama yang muda memelihara bangsa dan melindungi negara tercinta.

“Selepas saya pergi, merekalah yang akan take over,” kata pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu.

Menurutnya, rasa sayang kepada negara tidak pernah luntur kerana ini adalah negara beliau.

“Saya dilahir di sini. Saya membesar di sini. Pahit maung dan suka duka pun di sini.

“Saya Melayu. Ini negara Melayu, negara saya,” katanya.

Dalam masa sama, Mahathir tidak lupa kepada mereka yang tidak ada negara.

“Alangkah baik nasib saya mempunyai negara sendiri tetapi negara perlu dipelihara dengan baik.

“Jika tidak akan hilanglah negara saya. Sebab itu, selagi ada hayat akan saya sumbang tenaga dan akal fikiran kepada negara dan bangsa,” tambahnya.

Kenyataan Mahathir di aplikasi X itu menarik perhatian orang ramai dengan rata-rata menempelak pemimpin berusia 100 tahun berkenaan.

“22 tahun jadi PM, tiada satu sen pun bantuan kewangan kau beri kepada rakyat. Tak perlu nak perbodohkan generasi baru hari ini,” kata pengguna X, @uzirazo3174.

“Saya hargai jasa Tun di masa lalu. Namun, lebih molek kiranya Tun meMelayukan anak cucu Tun di saat usia Tun sekarang. Biarkan mereka yang telah diberi mandat jalankan tanggungjawab mereka,” ujar Saiful Suffian.

Dalam masa sama, ada juga secara jujur menasihati Mahathir agar mengutamakan kesihatan terlebih dahulu.

“Berbesar hati membaca penulisan Tun. Tapi saya kira, sudah sampai masa Tun berehat. Melayani anak cucu dan keluarga tercinta, dalam erti kata lain bersara dari dunia politik.

“Ini bukan kata hinaan, Tun. Jangan rasa begitu. Ini betul datang dari hati. Jaga kesihatan Tun,” kata @snh7710.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan