Wanita tidak berbaju berkeliaran di sebatang jalan raya di Jontien

KOSMO!
SEORANG Wanita yang berkeliaran tanpa berbaju diberi bantuan oleh anggota-anggota unit penguat kuasa. - Foto Pattaya Mail
BANGKOK – Seorang wanita berkeliaran tanpa memakai baju di sebatang jalan raya di Jontien, Pattaya, sehingga menyebabkan orang awam menghubungi pihak berkuasa, lapor portal berita Pattaya Mail hari ini.

Anggota-anggota unit penguatkuasa perbandaran Jontien kemudian datang ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat orang awam. 

Anggota-anggota unit itu kemudian membantu menenangkannya setelah dia menunjukkan tanda-tanda tekanan mental selain menyediakan pakaian yang sesuai untuk wanita tersebut. 

Dia kemudian dirujuk untuk mendapatkan bantuan lanjut.

Setakat ini, identiti wanita itu masih belum didedahkan. – AGENSI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan