Warga emas culik anak gadis yang masih bersekolah kerana berang lamaran ditolak

Berang lamaran ditolak, ‘atuk’ culik gadis

KOSMO
Suspek ditahan selepas menculik seorang gadis yang disukainya. - Istimewa
JAKARTA – Seorang warga emas di Bone, wilayah Sulawesi Selatan ditahan selepas menculik seorang gadis kerana berang cinta dan lamarannya berkali-kali ditolak, lapor portal berita Tribunnews semalam. 

Suspek dikenali sebagai SR, 60, menculik mangsa ketika dia dalam perjalanan pulang dari  sekolah.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Bone, AKP Alvin Aji Kurniawan berkata, mangsa ditarik masuk ke dalam kereta oleh lima pelaku termasuk suspek. 

“SR memberitahu bahawa dia amat menyukai mangsa. 

“Suspek cuba mendapatkan restu daripada keluarga gadis tersebut tetapi ditolak berkali-kali, menyebabkan dia nekad menculik mangsa,” kata Alvin. 

Mangsa ditemukan dalam keadaan memakai seragam sekolah di Desa Cinnong, empat jam selepas diculik. 

“Lima pelaku telah ditahan. Siasatan kes giat dijalankan,” tambahnya. – AGENSI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan