Buletin TV3

Lee Teck Keong ketika di Mahkamah Sesyen Kuantan atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan pada 26 Julai lalu. – Foto NSTP
KUANTAN: Seorang guru tarian mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan bulan lalu.
Tertuduh, Lee Teck Keong, 57 membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Azman Mustapha dan minta dibicarakan.
Mengikut kertas pertuduhan, Teck Keong didakwa bagi maksud seksual melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak berusia 12 tahun itu dengan cara memegang bahu dan paha.
Kesalahan itu dilakukan di sebuah premis pertubuhan kumpulan kesenian di sini, pada jam 3 petang, 26 Julai lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan boleh dihukum sebat.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Anuarul Hakim Abdul Muen manakala tertuduh diwakili peguam Lim Kon Keen.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan.
Sebutan semula kes ditetapkan 30 September depan untuk serahan dokumen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan