Buletin TV3
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan perkembangan penting mengenai kes kematian pelajar Tingkatan 1, Zara Qairina Mahathir dalam sidang media khas di Bukit Aman pada Rabu.
Berikut merupakan intipati penting sidang media berkenaan:
1. Punca awal kematian dikenal pasti sebagai kecederaan otak akibat kekurangan oksigen dan aliran darah.
2. Wujud kegagalan prosedur siasatan apabila pegawai penyiasat tidak memohon bedah siasat.
3. Surat penolakan bedah siasat ditandatangani ibu mangsa, pegawai penyiasat, doktor patologi, dan pihak hospital.
4. Bedah siasat 10 Ogos oleh empat pakar patologi mengesahkan kecederaan otak berpunca daripada jatuh.
5. Perbincangan 12 Ogos antara Peguam Negara dan polis bersetuju inkues perlu dijalankan.
6. Siasatan task force turut meneliti kemungkinan unsur jenayah.
7. Sebanyak 15 kertas siasatan dibuka berkaitan penyebaran berita tidak sahih berhubung kes.
8. Keterangan saksi menunjukkan wujud unsur buli sebelum kejadian.
9. Seramai 82 individu termasuk pelajar diambil keterangan, dengan beberapa dipanggil semula.
10. Polis mengesahkan tiada bukti kaitan VVIP ditemui setakat ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan