Pesawat tempur terlibat kemalangan di Pahang

FMT Reporters
Tentera udara memaklumkan satu kemalangan melibatkan sebuah F/A-18D berlaku pada 9.05 malam tadi.
PETALING JAYA: Sebuah pesawat tempur tentera udara terlibat dalam satu kemalangan malam tadi, menurut kenyataan.

Tentera udara memaklumkan satu kejadian kemalangan melibatkan sebuah F/A-18D berlaku pada 9.05 malam tadi, di kawasan landasan Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang.

“Tentera udara kini sedang mengambil tindakan segera dan akan memaklumkan perkembangan semasa berhubung insiden kemalangan tersebut,” menurut kenyataan.

Tentera udara meminta semua pihak agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi atau berita tidak sahih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan