Rafizi dakwa serangan terhadap anak berkait pertemuan dengan 'whistleblower'
Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid
khairil.ashraf@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli tidak menolak kemungkinan serangan dibuat terhadap anak lelakinya semalam disebabkan pertemuannya bersama satu kumpulan pendedah maklumat atau 'whistleblower' berkait sebuah skandal, pada Rabu minggu lalu.
Ahli Parlimen Pandan itu mendakwa, ia juga adalah cubaan untuk menutup mulutnya mengenai perkara berkenaan.
"Minggu lepas memang ada satu kumpulan 'whistleblower' datang mengenai satu skandal.
"Saya ingat pihak yang terbabit, sesiapa dalang di belakang ini tahu, selalunya kalau saya mula melihat satu skandal saya akan gali dan gali," dakwanya pada sidang media di bangunan Parlimen hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan