Buletin TV3

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam (dua kanan) meninjau lokasi kejadian suami kelar isteri dan diri sendiri di Lintang Bayan 1 Taman Tunas Muda Sungai Ara, Bayan Lepas, Pulau Pinang. – Foto NSTP
BAYAN LEPAS: Seorang lelaki dilaporkan mengelar isterinya, sebelum mencederakan diri sendiri, di Taman Tunas Muda Sungai Ara, di sini hari ini.
Menurut BH, difahamkan pasangan itu telah dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dengan ambulans.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam mengesahkan kejadian, dengan pihaknya menerima panggilan jam 6 pagi tadi.
Bagaimanapun, media masih menunggu perkembangan lanjut menerusi sidang media oleh Sazalee di lokasi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan