Empat ditahan disyaki rogol remaja perempuan

Ahmad Hasbi
am@hmetro.com.my

Seremban: Remaja perempuan berdepan detik hitam apabila dinoda beramai-ramai oleh empat lelaki di sebuah rumah yang tidak diketahui lokasinya, minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, susulan kejadian itu, empat lelaki berusia 16 hingga 19 tahun ditahan di sekitar daerah ini, semalam.

"Pada 3.21 pagi 30 Ogos lalu, remaja perempuan berumur 16 tahun membuat laporan polis di Balai Polis Senawang mengatakan dirinya dirogol sekumpulan lelaki.

"Siasatan awal mendapati, kira-kira 8 malam 29 ogos lalu, mangsa ke sebuah pusat karaoke keluarga di Senawang dan dia dipercayai meminta bantuan daripada lelaki baru dikenali melalui aplikasi 'Leo' untuk menghantarnya pulang ke rumah.

"Dalam perjalanan pulang mangsa mendakwa dibawa ke sebuah rumah tidak diketahui dan dikatakan di rogol secara berkumpulan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, bertindak atas maklumat, Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Seremban berjaya membuat tangkapan seramai empat suspek di sekitar Seremban, manakala mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar, di sini, untuk pemeriksaan lanjut.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 375b Kanun Keseksaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan