Nurul Hidayah Bahaudin
nurul.hidayah@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman cedera semasa rempuhan penduduk ketika operasi pemotongan bekalan elektrik di beberapa rumah di Kampung Sungai Baru, di sini, hari ini.
Sulizmie dilihat mengalami luka berdarah di muka.
Anggota polis bertugas turut mengarahkan penduduk yang berkumpul untuk bersurai.
Tinjauan Harian Metro di lokasi mendapati suasana masih tegang dengan penduduk enggan bersurai dan masih mendesak untuk masuk ke kawasan terbabit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan