Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil
SUBANG JAYA: Seramai 32 individu sudah dirakam keterangan dalam siasatan kes pembunuhan seorang wanita yang ditemukan tergantung pada kipas ruang tamu kediamannya di USJ 2/1 di sini, 14 Ogos lalu.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, siasatan lanjut masih dijalankan berhubung kematian wanita berusia 20-an itu.
“Setakat ini masih belum ada tangkapan, siasatan diteruskan dan sehingga sekarang seramai 32 saksi sudah dirakam keterangan,” katanya dalam satu kenyataan ringkas di sini, hari ini.
Terdahulu Harian Metro melaporkan, bedah siasat yang dijalankan pakar patologi Hospital Serdang mengesahkan punca kematian mangsa adalah pendarahan di sekeliling ‘hyoid bone’ (tulang leher).
Menurutnya, pakar patologi juga mendapati kecederaan yang terjadi pada otot dan tulang mangsa adalah secara ‘manual strangulation’.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan